CSC128 1 OCT 2017

Perhatian Pelajar CSC128 J4EC1102B.

Sila buat latihan makmal yang pertama. Latihan makmal boleh dimuat turun di FOLDER LAB pada profil saya.

Sila menggunakan perisian DEV-C++ untuk membuat latihan makmal ini. Kepada pelajar yang pertama kali menggunakan perisian DEV-C++ anda boleh rujuk URL DEV-C++ untuk "Create New Project" & "Compile & Execute".

Sila siapkan latihan makmal 1 ini pada masa tutorial. Saya tidak akan masuk ke makmal disebabkan saya ada mesyuarat bersama stake-holder program.

 

Terima Kasih. 

Menjadi tanda tanya dan persoalan mengenai apa itu Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu? Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu juga dikenali sebagai iCGPA. iCGPA merupakan satu mekanisme pentafsiran dan pelaporan pencapaian pelajar. iCGPA dilaksanakan bagi merealisasikan Lonjakan 1 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT). iCGPA adalah satu mekanisme yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan seseorang pelajar. Pelaporan pencapaian pelajar ini memperlihatkan pencapaian atribut yang dihasratkan melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia. iCGPA merupakan sistem pentafsiran bersepadu yang bertujuan untuk membantu pelbagai pihak berkepentingan membuat keputusan atau merancang langkah penyampaian dan pentafsiran  kurikulum di peringkat program dan peringkat kursus agar memfokuskan pengalaman pembelajaran pelajar ke arah pembangunan insan yang holistik dan seimbang. Semoga pelaksanaan mekanisme bersepadu iCGPA ini mecapai hasratnya di peringkat pendidikan tinggi.  

   6684    Read more...

Kami warga kerja FSKM UiTM caw. Johor, Kampus Pasir Gudang ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H kepada semua.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.


   6378    Read more...
© 2017 Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA, Johor Branch, Pasir Gudang Campus. All Rights Reserved.

Search