News@FSKM

Menjadi tanda tanya dan persoalan mengenai apa itu Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu? Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu juga dikenali sebagai iCGPA. iCGPA merupakan satu mekanisme pentafsiran dan pelaporan pencapaian pelajar. iCGPA dilaksanakan bagi merealisasikan Lonjakan 1 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT). iCGPA adalah satu mekanisme yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan seseorang pelajar. Pelaporan pencapaian pelajar ini memperlihatkan pencapaian atribut yang dihasratkan melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia. iCGPA merupakan sistem pentafsiran bersepadu yang bertujuan untuk membantu pelbagai pihak berkepentingan membuat keputusan atau merancang langkah penyampaian dan pentafsiran  kurikulum di peringkat program dan peringkat kursus agar memfokuskan pengalaman pembelajaran pelajar ke arah pembangunan insan yang holistik dan seimbang. Semoga pelaksanaan mekanisme bersepadu iCGPA ini mecapai hasratnya di peringkat pendidikan tinggi.  

   5755    Read more...

Kami warga kerja FSKM UiTM caw. Johor, Kampus Pasir Gudang ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H kepada semua.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.


   5512    Read more...
© 2017 Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA, Johor Branch, Pasir Gudang Campus. All Rights Reserved.

Search