PENGENALAN

Innovation, Design, Exploration in Arithmetics & Sciences (IDEAS)
telah mula diperkenalkan pada tahun 2017. Bagi edisi yang pertama, pihak Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, beserta Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim yang telah dijalankan pada 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Sebanyak 16 buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Pasir Gudang telah menyertai program ini dengan jumlah peserta seramai 189 orang murid. Sejarah telah tercipta di mana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah berjaya mengungguli tempat pertama di dalam pertandingan tersebut.


Murujuk kepada kejayaan IDEAS 2017, pihak FSKM ingin menganjurkan program ini buat kali ke-2 pada 13 April 2019 nanti. Kali ini, penyertaan untuk IDEAS 2019 akan dibuka kepada sekolah - sekolah di sekitar daerah Johor Bahru pula. Penganjur bersama pada kali ini adalah Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kami menyasarkan penyertaan sebanyak 30 kumpulan dengan jumlah pelajar seramai 150 orang. Acara pada kali ini akan berlangsung di Dewan SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.

KONSEP PERTANDINGAN IDEAS 2019

Bertemakan "STEM: Permuafakatan Beraspirasikan Ilmu", program ini menyediakan aktiviti pertandingan berbentuk Edutainment” yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran subjek Matematik dan Sains diluar kelas. Pelaksanaan program ini diadaptasikan daripada pertandingan Master Chef, yang mana para pelajar dikehendaki membina dan menghasilkan sesuatu produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh soalan menggunakan bahan-bahan disediakan pihak penganjur. Semua soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan permasalahan realiti dan boleh diselesaikan dengan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dalam bidang Matematik dan Sains yang dipelajari pelajar di sekolah. Proses pembelajaran akan berlaku ketika para pelajar menyelesaikan permasalahan tersebut dan melalui program ini, para pelajar dikehendaki mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan tugasan yang diberi bagi memenangi pertandingan tersebut. Ini selaras dengan kokurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu untuk menerapkan Science, Technology, Engineering & Mathematic (STEM) disetiap sesi pembelajaran pelajar.

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK SERTA PELBAGAI HADIAH UNTUK DIMENANGI

Selain daripada pertandingan IDEAS, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma, gerai-gerai jualan, pameran pendidikan, beserta aktiviti-aktiviti khas buat guru dan pelajar. Pelbagai hadiah lumayan juga disediakan oleh penganjur untuk para pemenang. Mari sertai IDEAS 2019 dan kembangkan bakat serta potensi diri anda dengan menyertai pertandingan ini.


SEKITAR IDEAS 2017
© 2017 Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA, Johor Branch, Pasir Gudang Campus. All Rights Reserved.

Search